Thursday, 7 July 2011
Penyakit Pertamaku
Aku baru sahaja mendapat berita buruk yang mengatakan aku menghidapi penyakit darah tinggi tahap kritikal. Kali pertama aku mendengar daripada ibuku, aku sudah berasa semangat aku semakin kurang, selalu berada di dalam kerisauan. Tapi kalau difikirkan balik, aku tak boleh jadikan penyakit sebagai alasan untuk aku terus hidup. Walaupun apa yang terjadi, hidup mesti diteruskan dan aku tidak boleh berputus asa. aku sebenarnya memerlukan sokongan moral daripada kawan-kawan,guru-guru, dan terutama sekali adalah ibu bapaku sendiri. Aku juga harus belajar untuk bersabar, kalau tidak, tekanan darahku akan naik. Aku juga tidak boleh cepat marah. Kalau dah dapat penyakit macam ni, semua nak kena jaga. Dari A hingga Z kner jaga. Semakin hari berlalu, semakin resah aku dibuatnya. Apa-apapun, aku kena berdoa pada Allah supaya diberikan kekuatan untuk aku menjalani hidup yang penuh dengan cabaran ini. Sampai disini lah dulu cerita ini. Nanti buat post yang lain pula........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment