Thursday, 7 July 2011

Penyakit Pertamaku

Aku baru sahaja mendapat berita buruk yang mengatakan aku menghidapi penyakit darah tinggi tahap kritikal. Kali pertama aku mendengar daripada ibuku, aku sudah berasa semangat aku semakin kurang, selalu berada di dalam kerisauan. Tapi kalau difikirkan balik, aku tak boleh jadikan penyakit sebagai alasan untuk aku terus hidup. Walaupun apa yang terjadi, hidup mesti diteruskan dan aku tidak boleh berputus asa. aku sebenarnya memerlukan sokongan moral daripada kawan-kawan,guru-guru, dan terutama sekali adalah ibu bapaku sendiri. Aku juga harus belajar untuk bersabar, kalau tidak, tekanan darahku akan naik. Aku juga tidak boleh cepat marah. Kalau dah dapat penyakit macam ni, semua nak kena jaga. Dari A hingga Z kner jaga. Semakin hari berlalu, semakin resah aku dibuatnya. Apa-apapun, aku kena berdoa pada Allah supaya diberikan kekuatan untuk aku menjalani hidup yang penuh dengan cabaran ini. Sampai disini lah dulu cerita ini. Nanti buat post yang lain pula........

Monday, 27 June 2011

About Me

Kita kenal dulu dengan tuan punya blog ni......





Nama Sebenar- Muhammad Syahmi Sauti
Tempat Lahir- Hospital Kuala Lumpur
Tarikh Lahir- 17 Jun 1994 (Umur Sekarang 17 Tahun)
Asal- Kuala Lumpur
Dibesarkan di- Petaling Jaya, Selangor
Adik Beradik- Anak Ketiga daripada 4 Orang Adik Beradik (1 Abang, 1 Kakak, Dan 1 Adik)
Menerima Pendidikan- Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama, Tingkatan 5, Mengambil Jurusan Perdagangan Dan Seni Visual
Meminati Seni Nyanyian. My Idol- Maher Zain.

Tuesday, 31 May 2011

Masa Kecil Ku

 Aku dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur. Aku dilahirkan pada hari yang sangat istimewa, pada hari Jumaat  (Penghulu Segala Hari Mengikut Islam). Aku dilahirkan pada jam 12.39 tengahari. Semasa ku kecil, aku dibesarkan di Section 14 Petaling Jaya, Selangor D.E. Aku juga dibesarkan di sebuah perumahan di tengah-tengah bandar yang sedang membangun. Pada masa itu, aku adalah seorang budak yang terlalu aktif dengan persekitaran di luar rumah. Pada masa itu, aku juga tidak selesa berada di rumah. Rasanya bagaikan cacing kepanasan. Selain itu juga, aku  memiliki kawan yang ramai kerana aku tinggal di rumah pangsa pada masa itu. Pada masa umur 6 tahun, aku mendapat pendidikan yang pertama di Tadika Kemas di Petaling Jaya. Pada masa itu, aku masih teringat aku membuat persembahan nasyid bersama kawan-kawanku.

Selepas menamatkan pengajian di tadika, aku mendapat pendidikan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Sri Petaling. Di situ la semua benda yang aku pelajari dapat diketahui dan aku memiliki kawan yang lebih ramai daripada di rumahku. Di situ la aku menemui guru pertamaku. Kelas pertamaku pada umur 7 tahun ialah 1 Kiambang. Aku juga mendapat guru pertamaku. Guru pertamaku ialah Cikgu Rozi. Dia adalah guru pertamaku pernah aku jumpa. Dia mengajar subjek Bahasa Melayu. Pada waktu guruku sedang mengajar, aku adalah seorang pelajar yang tidak boleh duduk diam. Pada masa itu, aku sangat suka pada kereta. Apabila ayahku memandu kereta, aku juga ingin merasai juga pengalaman memandu kereta pada waktu itu. Aku juga meminati sukan lumba kereta

Itulah aku pada masa kecil. Suka membuat bunyi seperti kereta sedang berjalan.

Selepas aku belajar di waktu pagi di sekolah rendah, aku  meneruskan pembelajaran aku di sekolah agama. Aku menerima pendidikan agama di Sekolah Kafa Integrasi Al-Aziziah di Masjid Tun Abdul Aziz di Seksyen 14, Petaling Jaya.

Masjid Sultan Abdul Aziz (Masjid Bulat)

Aku telah menerima ilmu agama dari ustaz/ustazah yang berpengalaman dalam mendidik umat Muhammad berakhlak mulia. Aku juga mengetahui pelbagai ilmu agama seperti solat dan lain-lain.

Pada masa lapang, aku suka menonton televisyen atau mengajak kawan-kawan ku bermain di padang permainan di waktu petang atau melepak di rumah kawanku. Selain itu juga, aku suka berjalan di kompleks beli-belah di Jaya Mall

Jaya Mall (Sebelum Runtuh)
Tetapi setelah 2 tahun aku berpindah dari Petaling Jaya ke Kajang, aku dikejutkan dengan berita tentang runtuhya bangunan ini kerana aku tinggal berdekatan dengan Jaya Mall pada masa itu. Tetapi selepas kejadian itu, kompleks beli-belah yang baru telah dibangunkan dan ia terletak di sebelah belakang Jaya Mall


Jaya Mall (Selepas Runtuh)


Jaya 33 Mall

Pada waktu kecilku sangat hebat, aku teringin untuk kembali ke zaman kanak-kanak kerana ia adalah sesuatu yang menakjubkan dan aku ingin berjumpa kembali dengan kawan-kawan lama yang sehingga sekarang tidak dapat ditemui. Aku berharap dapat bertemu semula satu hari nanti.......